Monday 15 October 2012

Resipi Jelly jelly

Resipi ni ambil dari mak mentua adik aku. macih macik.. sedap dan sangat refreshing makkan time panas-panas fuhhh nikmatnya!

Bahan-bahan
1 peket agar-agar jalur (37.5g)
1 kg gula
1 tin koktel buah
1 bekas nata de coco
1 plastik ais (50 sen)

Langkah-langkah
  1. Rendam agar-agar tu sampai lembut pastu masak dalam periuk dengan 3 peket air (sukatan air: kau isi peket agar-agar tu penuh dengan air.) masak sampai agar-agar tu sume larut. pastu masuk gula, kacau sampai larut dan mendidih. tutup api biar beku
  2. Bila dah beku, ko hancur-hancurkan agar-agar tu pastu campur koktail buah (air dia buang) dengan nata de coco dan ais batu. kacau-kacau biar sebati 5 minit pastu makan.. fuhh nikmat beb! terbayang-bayang lagi aku kesegarannya~~~

Monday 17 September 2012

Resipi Ayam Masak Kicap

Dah lama rasanya tak buat ayam masak kicap. Resipi nya pun ingat-ingat lupa

Bahan-bahan:
Ayam yang di goreng dahulu.
1 ulas bawang putih*
setengah inci halia*
1 biji bawang merah* (cincang halus*)
3 sudu cili boh
1 sudu sos tiram
kicap
1 biji tomato
1 biji bawang besar (potong bulat-bulat)
cili potong

Cara-cara:
  1.  goreng ayam sampai masak,tak perlu garing ketepikan.
  2. tumis * pastu masuk cili boh goreng sampai masak. dah tu buh sos tiram dan kicap dan tomato dan cili.
  3. dah mendidih, buh bawang dan rasa. kacau-kacau. siap






Friday 14 September 2012

Resipi Bihun Goreng Putih

Dah lama tak masak bihun putih nih..dekat 2 tahun kot hahaha... dulu mintak resipi dengan kak nieza, ofismate mak.

Bahan-bahan (3 orang)
setengah bungkus bihun (rendam bagi lembt dulu)
2 biji telur
1 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih* (tumbuk sekali*)
segenggam ikan bilis^
6 biji cili padi^  (tumbuk sekali ^)
lobak merah
kubis
tomato potong dadu
sos tiram
lada hitam serbuk / tumbuk

Cara-cara:
  1. tumis * sampai naik bau, campakkan ^ goreng-goreng.
  2. pastu tambah air dan sayur-sayuran dan sos dan lada hitam
  3. dah tu masukkan bihun kacau-kacau sampai bihun lembut. buat lubang tengah, ketuk telur biar masak sikit baru gaul-gaul dengan bihun, cukupkan rasa masin kalau kuran. siappp.

dan.. ni lah hasilnya...




Monday 10 September 2012

Resipi Jemput-jemput Best

Adeii nak buat jemput-jemput pun nk buh jugak ke kan..aku ni pelupa sikit kalu da lama tak masak nih. Ada panggil jemput-jemput, ada panggil cucur ada panggil cekodok. Aku rasa semua tu benda yang sama kot.
ok, camna nak buat??

Bahan-bahan (2 orang laki bini)
6 sudu penuh tepung gandum
1 biji bawang besar (tak besaq sangat. erk??) - hiris nipis
2 sudu minyak masak
1 sudu cili boh
setengah genggam ikan bilis
setengah sudu gula
1 tea spoon (rata) garam
serbuk kunyit sikit

Cara-cara::
  1. panaskan minyak dalam kuali (pastikan aras minyak boleh deep fry)
  2. campur semua tu dalam 1 bekas, tambah air panas sikit dan air biasa. Gaul-gaul sampai sebati jangan cair sangat atau jadi doh pulak, sedang-sedang je.
  3. gorengkan.. balik-balik sikit, dah tukar kaler golden tu boleh la angkat, tos minyak, cicah sos, makan..nyum nyum..


alamak, tak boleh resize lah gambar ni.. malu aii...

Sunday 9 September 2012

Resipi Rendang Ayam Super Simple

Arini ada tetamu nak datang jadi rasa macam nak masak rendang ayam. Maka aktiviti menggoogle pun bermula maka terjumpalah aku resipi ini tapi aku mesti akan alter2 ikut sesedap rasa aku. Macih tuan punya resipi. senang dan sedap.

Bahan-bahan:
1 ekor ayam (potong 16)
10 biji bawang merah*
6 biji bawang putih*
20 biji cili kering*
1 inci halia*
1/2 inci lengkuas* (blend bahan bertanda *)
1 kotak santan
3 batang serai (diketuk)
2 helai daun kunyit (potong kasar)
3 helai daun limau purut (potong kasar)
air asam jawa
garam gula

Langkah-langkah:
  1. masukkan bahan blend dan ayam dalam kuali. masak sampai hilang bau cili.
  2. masukkan pula santan, serai, air asam jawa, garam dan gula. masak sampai pekat
  3. agak-agak nak pekat, ayam pun dah nak empuk, masukkan daun kunyit dan daun limau purut. Gaul-gaul sampai keluar aroma sedap dan layu, boleh tutup api. Siap
Alamak, tak sempat nak snap gambar dah licin la... takpe, next time aku masak rendang aku snap gambar dulu sebelum bagi orang makan.. huhu


Tuesday 4 September 2012

Resipi Nasi Lemak Mabeles!!!

Hah sebenarnya da banyak kali try buat nasi lemak ni tapi ada je yg kurengnya.. tapi semalam buat untuk berbuka alhamdulillah menjadi, mabeles dan super sedap (matik puji masakan sendiri T____T)
Lagi pulak baru lepas hujan + nasi lemak panas + radix suam memanglah kombinasi terbaik. Hasben ai tambah sampai 3 kali tau. Alhamdulillah...
Aku amek resipi ni dari sini. Macih resipinya junjs11. Tapi aku tukar-tukar la sikit ikut selera sendiri.

Bahan-bahan:(4 orang)
Nasi
2 ½ cawan beras (rendam sekejap dan tos)
1 cawan santan
1-2 helai daun pandan (siat-siat dan simpulkan)
½ inci halia (hiris halus)
1 biji bawang merah (hiris halus)
secubit garam

Sambal
4 biji bawang merah (blend)
2 biji bawang putih (blend)
½ inci halia (blend)
secubit belacan
segenggam ikan bilis (separuh ditumbuk)
3 senduk cili boh - kita cari yang cepat je
1 biji bawang besar (hiris)  
air asam jawa
garam dan gula

Langkah-langkah:
  1. Masukkan semua bahan dalam rice cooker, tambah air biasa secukupnya (level macam masak nasi biasa) then biar rice cooker tu tolong masakkan macam biasa.
  2. Sementara nasi nak masak, masak sambalnya. Tumis bahan blend tadi sampai wangi, masukkan ikan bilis tumbuk dan belacan, goreng sampai garing. Masukkan cili boh, masak sampai keluar minyak.
  3. Tambah air asam jawa, bwang besar hiris, baki ikan bilis tadi dan perasakan dengan garam dan gula. Kacau sampai pekat sikit dan nampak sedap. Tutup api.
  4. Hidang dengan timun, telur rebus, ayam goreng. Nyum.. nyum..

 
Nasi tengah ceduk hihi... 

PERHATIAN:
Tips 1: Minyak untuk masak sambal harus mencukupi. Lebih tak pe, boleh buang, tapi klau tak cukup nnt tak sedap atau tak jadi.
Tips 2: Bila memasak jangan kedekut bahan. contoh: sebab santan mahal, nak save jadi kurangkan buat setengah cawan ja. Maka hasilnya kurang la sikit. Owh aku guna santan kotak ja.

Monday 3 September 2012

Resipi Lontong Mak

 


Resipi dari mak...

Bahan-bahan (6-8 orang)

4 biji bawang merah*
2 biji bawang putih*
1 inci halia*
½ inci lengkuas*
(* tumbuk lumat)
2 sudu cili boh
2 cawan santan cair
1 biji lobak merah
Kacang panjang / buncis,   
½ biji kubis kecil,  
2 ketul tauhu (potong kecil-kecil), 
segenggam udang (blend)
sayur fucuk,
4 biji buah keras (tumbuk- nak menambahkan rasa lemak)
2 batang serai, 
6 heai daun kunyit potong halus
Kunyit (untuk kaler)
1 cawan santan pekat
air asam jawa

Langkah-langkahnya:
  1. Tumis bahan * sampai wangi. Pastu masukkan cili boh dan goreng sampai pecah minyak
  2. Dah tu masukkan santan cair, campakkan semua sayur-sayur tu dengan buah keras, udang yang dah di blend. Masukkan jugak serai dan daun kunyit. serbuk kunyit dan garam.
  3. Dah dekat nak masak tu (sayur dah nak lembut) masukkan santan pekat. Kacau-kacau selalu supaya santan tak pecah minyak.Kalau nak kuh lagi banyak tambah je la air atau santan. pandai-pandai ejas ye. Siap.

Tadaaa.. lontong sudah siap.tapi ni ada bantuan mak jugak ehe ;-P


 

Sunday 2 September 2012

Open House

Semalam kami wat open house kecil-kecilan, sesuai dgn saiz rumah. Pastu masak beberapa dish dan dibantu oleh hasben aku. masak dari kul 12 am- 3am, sambung 7am - 12 pm. hahaha lama la jgk. petang tu pegi open house sampai rumah dah pukul 11.30 pm. tak ke kalut satu apa pun belum prepare, even kupas bawang.. huhu. akhirnya Alhamdulillah suma berjalan lancar. cuma beberapa guest tak dapat datang. It's ok, datang la lain hari ok. Cuma korang rugi lah tak dapat makan my first trial nasi briyani hoho.
So, apa yang ruginya?? Korang tak dapat rasa...
  • Nasi briyani ( 1st time buat, resipi amek sini)
  • Ayam masak merah (laki tolong goreng, 4 trip goreng sebab kuali kecik huhu)
  • Dalca (1st time buat, resipi ame sini)
  • Bihun sup
  • Puding roti
  • Sagu gula melaka (1st time buat, resipi sini)
  • kuih-kuih beli
  • Air ribena (laki ai buat - bukan senang nak rasa air tangan laki aku nih)
Walaupun banyak first time buat, Alhamdulillah suma menjadi, hasben ai cakap 'CEMERLANG' hihi..
Okay, lain kali kita masak lagi.. ehe

Friday 31 August 2012

Resipi Puding Roti

Ha, ni pun aku try dari resipi Aunty Nani Rostam jugak. Macih aunty. sedap resipi ni, bawak masa pot luck haritu ramai cakap sedap da ada yang mintak resipi hihihi, malu ai. Eh, abah aku yang tak berapa suka dessert pun puji sedap siap tambah tau.  Ya, aku ada edit-edit lah resipinya ikut bahan yang ada je.
p.s//resipi ni aku edit lagi sebab aku buat baru ni lagi sedap.. mari usha resipi tu

Bahan-bahan (1 loyang 8")
6 keping roti (toast)
setengah tin susu cair/susu sejat* (eh tak sama ek susu cair dgn susu sejat??)
3 biji telur*
1 tea spoon esen vanila*
setengah cawan gula*
2 sudu butter (potong kecik-kecik)
kismis secukup rasa

Cara-cara:
  1. Grisskan loyang. Koyak-koyak roti tu bagi penuh loyang. dekat celah-selah tu letak la kiub kecik butter tu dengan kismis).
  2. Dalam bekas lain kacau yang bertanda * sampai sebati. Jangan sampai kembang.
  3. Tuang bahan kacau tu dalam loyang. Biar seketika sampai kembang. Bakar dalam pre-heat oven selama 30 minit, 180 'C. 
Makan dengan aiskrim vanila pon sodap. kalu rajin boleh buat sos kastad sendiri.

Bahan sos kastad:
1 sudu tepung kastad
2 sudu gula
setengah tin susu cair (baki buat puding roti tadi)

Cara-cara:
  1. Larutkan tepung kastad dalam setengah cawan air sejuk
  2. Masukkan dalam periuk dengan bahan lain. kalau nak manis lagi tambah gula lagi. buh garam sket untuk rasa lemak.
  3. Kacau sampai pekat sikit. dah siap sejukkan buh dalam fridge. pastu mkn sejuk-sejuk dengan puding roti tu.. fuhh nikmatnya........... 

Rendang Daging Senang Je

Buat masa raya haritu. Resipi mintak kat mak pastu salin atas cebisan kertas je. Sebelum hilang mari kita publish dulu (p/s: dah kena sound dengan mak sebab every time nak masak rendang je telefon tanya dia resipi - sebenarnye orang rindu mak la hihihi)

Bahan- bahan (hasilnya 1 bekas besar)
1 kilo daging (potong separa nipis)
50 biji cili kering (rebus, blend)
2 inci halia*
2 inci lengkuas*
12 biji bawang merah*
11 ulas bawang putih*
secubit belacan*
4 batang serai yang gemuk*
2 kotak santan (santan kelapa 1 biji)
2 cubit asam jawa
gula, garam secukup rasa
4 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit

Langkah-langkah:
  1. Blend semua yang tanda *. Masukkan bahan blend tu dengan daging, masak sampai empuk, (boleh tambah air nak bagi cepat empuk)
  2. Dah empuk, masuk santan, air asam jawa, gula dan garam.
  3. Bila dah dekat nak masak, masukkan daun limau purut dan daun kunyit. Gaul-gaul, dah masak tutup api.
Dah siap... Senang je kan.. 3 steps je.

Resipi Nasi Ayam

Thanks to Aunty Nani Rostam, aku dah banyak kali try resipi dia banyak yang sedap-sedap. terjumpa blog beliau pun hasil google resipi nasi ayam ni la. Tapi aku da edit-edit sikit resipi tu ikut bahan yang ada kat rumah ni ja. Senang je meh. Chekidout!

Bahan-bahan (untuk 2 orang - laki bini makan)
4 ketul ayam (potong 8)
1 pot beras
2 ulas bawang putih*
2 biji bawang besar*
2 inci halia*
rempah 4 beradik (kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang)
sos tiram
kicap
madu
minyak masak
2 sudu butter
daun pandan
2 biji cili besar
1 ulas bawang putih
 cuka
garam gula

Langkah-langkah:
  1. Blend yang bertanda *. Ambil separuh perap dengan ayam selama 30 minit.
  2. Pastu masuk dalam air mendidih pastu rebus sampai masak.
  3. Angkat ayam je, perap dengan sos tiram, kicap, madu, minyak masak sket. Perap 1 jam. Pastu goreng.
  4. Kicap perapan tu, panas kan dan jadi lah kicap nasi ayam.
  5. Rendam beras. Dalam kuali, cair kan butter dengan sikit minyak, tumis baki bahan blend dengan rempah 4 beradik tu. Dah wangi, masuk air rebusan tu tadi (simpan sikit untuk sup), daun pandan, perisa garam, gula, kalau suka kiub ayam, serbuk kunyit sikit untuk warna. tuang dalam periuk nasi dan beras yang dah di tos. kalau sukatan air tak cukup, tambah dengan air biasa ja.
  6. Perisakan baki air rebusan tu dengan garam gula, serbuk perasa. panaskan. Tabur dengan bawang goreng, daun bawang.
  7. Sos cili pulak, blend cili dengan bawang putih. masak dalam periuk dengan cuka, gula. Bila dah pekat tutup api. Hidang, dah boleh makan.

Anggaran masa: 2 jam

Dah banyak kali buat tapi takde snap gambar pulak. Soon.

Thursday 30 August 2012

Resipi Roti Jala Simple

Dulu buat guna resipi lebih kurang macam ni. tapi dah tak jumpa page tu..

Resipi ni aku ambek dari dapurmalaysia.com from Amir Said

Bahan-bahan (roti jala) 5-6 orang
300 gm tepung gandum
1 biji telur
4 cawan air
Sedikit garam
1 sudu kecil pewarna kuning
1 sudu minyak masak (aku tambah sendiri)

Cara-cara:
  1. Blend kesemua bahan sehingga sekata. Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Jika cair, tambah sedikit tepung gandum. Jika pekat, tambah sedikit air. Adunan yang cantik tak akan putus-putus bila kita 'menjala'.
  2. Panaskan kuali leper dengan api yang sederhana. Sapu sedikit minyak pada kuali.
  3. Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala dan pusingkan acuan dalam kuali 360 darjah dari bahagian luar hingga ke bahagian dalam.
  4. Biarkan masak sehingga keperangan. Lipat roti jala sebanyak 2 kali dan angkat.
  5. Ulang langkah 3-4 sehingga habis adunan. Sesekali sapu sedikit minyak pada kuali.

Serving suggestion:


 

Sedap makan dengan kari ayam, kuzi ke, emm dengan kuah pengat durian pon sodap

Wednesday 29 August 2012

oh my recipe book

Harap-harapnya recipe book ni akan berguna dan boleh diguna di masa depan. Sebelum ni aku guna cara konvensional (tulis resipi dalam buku latihan sekolah) tapi haku ini malas nak menyalin dan buku tu hilang ntah ke mana. lepas tu maju ke depan sikit, save dalam laptop. Aku suka sebab buleh copy paste ja resipi yang amek dari internet yang sedap, Tapiii.. kesan negatifnya ialah, sekali laptop buat hal, abes hilang koleksi resipi copy dari orang tu, nak mencari balik kadang-kadang tu dah tak jumpa dan buang masa. Terima kasih teknologi. Sekarang aku boleh check resipi guna fon saja.
Penting sangat kah buku resipi?? YES! sangat berguna bagi orang yang masak skali skala macam aku, sekali nak masak sibuk telefon mak tanya resipi walau resipi sambal belacan. sangat kasihan ini orang. 
Selain untuk rujukan emergency diri sendiri, buleh juga share dengan orang lain. Sharing is caring.

Gambar hiasan ;-)


AMARAN: Resipi di sini adalah yang simple-simple saja dan ada yang copy-paste dari beberapa sumber. kalau rasa berguna buleh amek, kalau tak biar kan saja. TQ