Monday 15 October 2012

Resipi Jelly jelly

Resipi ni ambil dari mak mentua adik aku. macih macik.. sedap dan sangat refreshing makkan time panas-panas fuhhh nikmatnya!

Bahan-bahan
1 peket agar-agar jalur (37.5g)
1 kg gula
1 tin koktel buah
1 bekas nata de coco
1 plastik ais (50 sen)

Langkah-langkah
  1. Rendam agar-agar tu sampai lembut pastu masak dalam periuk dengan 3 peket air (sukatan air: kau isi peket agar-agar tu penuh dengan air.) masak sampai agar-agar tu sume larut. pastu masuk gula, kacau sampai larut dan mendidih. tutup api biar beku
  2. Bila dah beku, ko hancur-hancurkan agar-agar tu pastu campur koktail buah (air dia buang) dengan nata de coco dan ais batu. kacau-kacau biar sebati 5 minit pastu makan.. fuhh nikmat beb! terbayang-bayang lagi aku kesegarannya~~~

Monday 17 September 2012

Resipi Ayam Masak Kicap

Dah lama rasanya tak buat ayam masak kicap. Resipi nya pun ingat-ingat lupa

Bahan-bahan:
Ayam yang di goreng dahulu.
1 ulas bawang putih*
setengah inci halia*
1 biji bawang merah* (cincang halus*)
3 sudu cili boh
1 sudu sos tiram
kicap
1 biji tomato
1 biji bawang besar (potong bulat-bulat)
cili potong

Cara-cara:
  1.  goreng ayam sampai masak,tak perlu garing ketepikan.
  2. tumis * pastu masuk cili boh goreng sampai masak. dah tu buh sos tiram dan kicap dan tomato dan cili.
  3. dah mendidih, buh bawang dan rasa. kacau-kacau. siap






Friday 14 September 2012

Resipi Bihun Goreng Putih

Dah lama tak masak bihun putih nih..dekat 2 tahun kot hahaha... dulu mintak resipi dengan kak nieza, ofismate mak.

Bahan-bahan (3 orang)
setengah bungkus bihun (rendam bagi lembt dulu)
2 biji telur
1 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih* (tumbuk sekali*)
segenggam ikan bilis^
6 biji cili padi^  (tumbuk sekali ^)
lobak merah
kubis
tomato potong dadu
sos tiram
lada hitam serbuk / tumbuk

Cara-cara:
  1. tumis * sampai naik bau, campakkan ^ goreng-goreng.
  2. pastu tambah air dan sayur-sayuran dan sos dan lada hitam
  3. dah tu masukkan bihun kacau-kacau sampai bihun lembut. buat lubang tengah, ketuk telur biar masak sikit baru gaul-gaul dengan bihun, cukupkan rasa masin kalau kuran. siappp.

dan.. ni lah hasilnya...




Monday 10 September 2012

Resipi Jemput-jemput Best

Adeii nak buat jemput-jemput pun nk buh jugak ke kan..aku ni pelupa sikit kalu da lama tak masak nih. Ada panggil jemput-jemput, ada panggil cucur ada panggil cekodok. Aku rasa semua tu benda yang sama kot.
ok, camna nak buat??

Bahan-bahan (2 orang laki bini)
6 sudu penuh tepung gandum
1 biji bawang besar (tak besaq sangat. erk??) - hiris nipis
2 sudu minyak masak
1 sudu cili boh
setengah genggam ikan bilis
setengah sudu gula
1 tea spoon (rata) garam
serbuk kunyit sikit

Cara-cara::
  1. panaskan minyak dalam kuali (pastikan aras minyak boleh deep fry)
  2. campur semua tu dalam 1 bekas, tambah air panas sikit dan air biasa. Gaul-gaul sampai sebati jangan cair sangat atau jadi doh pulak, sedang-sedang je.
  3. gorengkan.. balik-balik sikit, dah tukar kaler golden tu boleh la angkat, tos minyak, cicah sos, makan..nyum nyum..


alamak, tak boleh resize lah gambar ni.. malu aii...

Sunday 9 September 2012

Resipi Rendang Ayam Super Simple

Arini ada tetamu nak datang jadi rasa macam nak masak rendang ayam. Maka aktiviti menggoogle pun bermula maka terjumpalah aku resipi ini tapi aku mesti akan alter2 ikut sesedap rasa aku. Macih tuan punya resipi. senang dan sedap.

Bahan-bahan:
1 ekor ayam (potong 16)
10 biji bawang merah*
6 biji bawang putih*
20 biji cili kering*
1 inci halia*
1/2 inci lengkuas* (blend bahan bertanda *)
1 kotak santan
3 batang serai (diketuk)
2 helai daun kunyit (potong kasar)
3 helai daun limau purut (potong kasar)
air asam jawa
garam gula

Langkah-langkah:
  1. masukkan bahan blend dan ayam dalam kuali. masak sampai hilang bau cili.
  2. masukkan pula santan, serai, air asam jawa, garam dan gula. masak sampai pekat
  3. agak-agak nak pekat, ayam pun dah nak empuk, masukkan daun kunyit dan daun limau purut. Gaul-gaul sampai keluar aroma sedap dan layu, boleh tutup api. Siap
Alamak, tak sempat nak snap gambar dah licin la... takpe, next time aku masak rendang aku snap gambar dulu sebelum bagi orang makan.. huhu


Tuesday 4 September 2012

Resipi Nasi Lemak Mabeles!!!

Hah sebenarnya da banyak kali try buat nasi lemak ni tapi ada je yg kurengnya.. tapi semalam buat untuk berbuka alhamdulillah menjadi, mabeles dan super sedap (matik puji masakan sendiri T____T)
Lagi pulak baru lepas hujan + nasi lemak panas + radix suam memanglah kombinasi terbaik. Hasben ai tambah sampai 3 kali tau. Alhamdulillah...
Aku amek resipi ni dari sini. Macih resipinya junjs11. Tapi aku tukar-tukar la sikit ikut selera sendiri.

Bahan-bahan:(4 orang)
Nasi
2 ½ cawan beras (rendam sekejap dan tos)
1 cawan santan
1-2 helai daun pandan (siat-siat dan simpulkan)
½ inci halia (hiris halus)
1 biji bawang merah (hiris halus)
secubit garam

Sambal
4 biji bawang merah (blend)
2 biji bawang putih (blend)
½ inci halia (blend)
secubit belacan
segenggam ikan bilis (separuh ditumbuk)
3 senduk cili boh - kita cari yang cepat je
1 biji bawang besar (hiris)  
air asam jawa
garam dan gula

Langkah-langkah:
  1. Masukkan semua bahan dalam rice cooker, tambah air biasa secukupnya (level macam masak nasi biasa) then biar rice cooker tu tolong masakkan macam biasa.
  2. Sementara nasi nak masak, masak sambalnya. Tumis bahan blend tadi sampai wangi, masukkan ikan bilis tumbuk dan belacan, goreng sampai garing. Masukkan cili boh, masak sampai keluar minyak.
  3. Tambah air asam jawa, bwang besar hiris, baki ikan bilis tadi dan perasakan dengan garam dan gula. Kacau sampai pekat sikit dan nampak sedap. Tutup api.
  4. Hidang dengan timun, telur rebus, ayam goreng. Nyum.. nyum..

 
Nasi tengah ceduk hihi... 

PERHATIAN:
Tips 1: Minyak untuk masak sambal harus mencukupi. Lebih tak pe, boleh buang, tapi klau tak cukup nnt tak sedap atau tak jadi.
Tips 2: Bila memasak jangan kedekut bahan. contoh: sebab santan mahal, nak save jadi kurangkan buat setengah cawan ja. Maka hasilnya kurang la sikit. Owh aku guna santan kotak ja.

Monday 3 September 2012

Resipi Lontong Mak

 


Resipi dari mak...

Bahan-bahan (6-8 orang)

4 biji bawang merah*
2 biji bawang putih*
1 inci halia*
½ inci lengkuas*
(* tumbuk lumat)
2 sudu cili boh
2 cawan santan cair
1 biji lobak merah
Kacang panjang / buncis,   
½ biji kubis kecil,  
2 ketul tauhu (potong kecil-kecil), 
segenggam udang (blend)
sayur fucuk,
4 biji buah keras (tumbuk- nak menambahkan rasa lemak)
2 batang serai, 
6 heai daun kunyit potong halus
Kunyit (untuk kaler)
1 cawan santan pekat
air asam jawa

Langkah-langkahnya:
  1. Tumis bahan * sampai wangi. Pastu masukkan cili boh dan goreng sampai pecah minyak
  2. Dah tu masukkan santan cair, campakkan semua sayur-sayur tu dengan buah keras, udang yang dah di blend. Masukkan jugak serai dan daun kunyit. serbuk kunyit dan garam.
  3. Dah dekat nak masak tu (sayur dah nak lembut) masukkan santan pekat. Kacau-kacau selalu supaya santan tak pecah minyak.Kalau nak kuh lagi banyak tambah je la air atau santan. pandai-pandai ejas ye. Siap.

Tadaaa.. lontong sudah siap.tapi ni ada bantuan mak jugak ehe ;-P