Sunday 9 September 2012

Resipi Rendang Ayam Super Simple

Arini ada tetamu nak datang jadi rasa macam nak masak rendang ayam. Maka aktiviti menggoogle pun bermula maka terjumpalah aku resipi ini tapi aku mesti akan alter2 ikut sesedap rasa aku. Macih tuan punya resipi. senang dan sedap.

Bahan-bahan:
1 ekor ayam (potong 16)
10 biji bawang merah*
6 biji bawang putih*
20 biji cili kering*
1 inci halia*
1/2 inci lengkuas* (blend bahan bertanda *)
1 kotak santan
3 batang serai (diketuk)
2 helai daun kunyit (potong kasar)
3 helai daun limau purut (potong kasar)
air asam jawa
garam gula

Langkah-langkah:
  1. masukkan bahan blend dan ayam dalam kuali. masak sampai hilang bau cili.
  2. masukkan pula santan, serai, air asam jawa, garam dan gula. masak sampai pekat
  3. agak-agak nak pekat, ayam pun dah nak empuk, masukkan daun kunyit dan daun limau purut. Gaul-gaul sampai keluar aroma sedap dan layu, boleh tutup api. Siap
Alamak, tak sempat nak snap gambar dah licin la... takpe, next time aku masak rendang aku snap gambar dulu sebelum bagi orang makan.. huhu


No comments:

Post a Comment